Arkib Mimpi

mimpi itu jika disimpan Dalam arkib Seperti menyimpan naskah Atau dokumen sulit negara Tentu ramai yang mahu meminjam Tapi itu adalah mimpi juga Aku mahu meminjam mimpi Menjadi orang kaya Aku mahu meminjam mimpi Menjadi sasterawan negara Jadilah sekali seumur hidupku Walaupun cuma mimpi Boleh Dengan syarat kamu tidur Nanti saya masukkan kad pinjaman Arkib mimpi ke dalam tidur kamu Jangan sampai kamu tidak bangun Nanti orang lain pun mahu meminjam Awas Pencuri mimpi yang masuk Ke arkib mimpi Kerana kau mudah dicekup Ketika melayan mimpi Dalam tidurmu yang nyenyak Aku ada koleksi mimpi Dikejar hantu Aku beri percuma Siapa mahu Cepat tidur... Arkib mimpi Memang mimpi.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.