Penjara Kata-kata

Setiap jarum jam bergerak
Setiap itu kita terpenjara
Oleh kata-kata di sekeliling kita
Justeru oleh kata-kata kita sendiri

Jika aku pakai ini, nanti apa orang kata, jika aku cakap begini, nanti apa orang akan kata, jika aku tulis begini, nanti apa orang akan kata, pasang langsir merah, nanti apa orang kata. Beli kereta buruk, nanti apa orang kata, potong rambut pendek nanti apa orang kata, tak potong rambut, nanti apa orang kata, tak kahwin-kahwin nanti apa orang kata,  bercerai, nanti apa orang kata...kahwin pun orang kata, bercerai pun orang kata...inilah penjara kata-kata.

Siapakah yang membina penjara kata-kata itu? Mungkin kita sendiri yang mendirikan pasaknya dalam rumah kita sendiri.

Sebaliknya
Ramai orang yang di penjara
Namun begitu, kata-katanya bebas berkeliaran di parlimen dan di mahlamah.
Banduan hanya terkurung jasadnya, namun begitu kata-katanya sedang membangkitkan jiwa rakyat di luar sana dengan sebebasnya.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.